Emir Qatar Tawar Jalan Penyelesaian Krisis Elektrik Gaza
Pertemuan antara Ismail Haneyya, Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, dan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad, berakhir pada Ahad di ibu negara Qatar, Doha dengan Qatar berjanji akan segera untuk membantu menyelesaikan krisis elektrik di Gaza.
Menurut pejabat Haneyya, satu perbincangan yang mendalam telah dibangkitkan dalam mesyuarat membincangkan banyak isu mengenai keadaan politik dan keadaan di Semenanjung Gaza sebagai tambahan kepada beberapa isu-isu penting terutama krisis elektrik semasa di Gaza, yang telah dibincangkan secara terperinci.
Emir Qatar meminta kerajaannya untuk bertindak segera dan melaksanakan langkah-langkah praktikal untuk menyelesaikan krisis elektrik di Semenanjung Gaza.Haneyya mengucapkan terima kasih kepada Sheikh Tamim Bin Hamad dan Qatar atas semangat persaudaraan itu.
palestinkini.info